Macam ni rupanya yang dimaksudkan MANDIAN TEMPAYAN di De Bali Spa Sungai Buloh... Mana nak ada dah zaman sekarang mandi tradisional macam ni...

INI LAH RUPANYA MANDI AIR TEMPAYAN... MACAM ORANG DULU KALA KAN...??? MANDIAN TEMPAYAN NI ADA AURA POSITIFNYA YANG TERSENDIRI TAU...
MODEL YANG DILANTIK SEDANG MENIKMATI  MANDIAN TEMPAYAN DI DE BALI SPA SUNGAI BULOH
Dulu kala mana ada paip elok siap water heater macam kat umah korang tu... gini la rupa cara org dulu kala mandi... penuh dengan adab dan sopan, mandi duduk siap ngan kain basahan... hehehe...
Masyarakat moden zaman sekarang mandi guna air yang keluar dari water heater... air panas... takut sejuk... 

Tapi korng tahu tak kelebihan mandian tempayan yang sejuk ni banyak kelebihannya berbanding mandi air panas tau...

APA KELEBIHANNYA...

1. Mengurangkan Stress 
2. Meningkat Tahap Metabolisme
3. Menyihatkan Kulit & Rambut
4. Melegakan Lelah

Jadi, korang yang suka mandi air panas tu dah boleh lah cuba-cuba bertukar mandi air sejuk tempayan pulak yer.. Selain daripada empat kelebihan di atas, ada kajian lain yang telah membuktikan bahawa air sejuk sememangnya membantu membendung pelbagai penyakit dan masalah harian lain sebenarnya...

Korang nak fefeeling macam orang dulu-dulu tak..??? jom la kembali ke zaman dulu kala... gayung pun tempurung kelapa... zaman sekarang payah la nak jumpa mandi air tadahan tempayan siap sekali ngan gayung tempurung kelapa mcam ni ni... kan..???

Hanya ada di De Bali Spa Sungai Buloh sahaja mandi style macam ni...

Tempahan & pertanyaan lain boleh klik ----->>> www.wasap.my/60122646882 atau hubungi mana-mana wakil jualan dan pemasaran kami...

DE BALI SPA SUNGAI BULOH
"Your Private Spa Treatments"

Serve with love
Haslina Tan
www.debalispa.com

SIMILAR POSTS

Hati kering jer bila rambut panjang mengurai disodoknye sampai nampak kulit kepala... ape yang membuatkan kakak berani sangat...???

Post kali ni kakak bukan nak berniaga, tapi kakak nak kongsikan macam mana kakak jadi tegar jer nak menggayakan mahupun menggunting rambut sesedap suka hati tanpa memikirkan kesan atau resiko selepasnya... selain tu, kakak share produk apa yang kakak gunakan untuk merawat dan melindungi rambut kakak yang dah kakak kira rambut kakak ni macam mahkota gituw... Ramai yang nak tahu kan....


... JooMMmm kita tengok dan baca sikit ...



Kakak memang sangat menitikberatkan penjagaan dan penggayaan rambut. Style aper lagi yang kakak tak buat kat rambut ni...? warna apa yang tak dikenakan lagi... Tak dinafikanlah, maintenance pun tinggi.. mana tidaknya seminggu sekali ada jer idea untuk nak diapakan dengan rambut ni... tambahan pulak zaman purbakala masa tu rajin bebenor buat photoshoot indoor & outdoor... tu tak kira dengan "selfie-melfie"... lagilah macam-macam idea yg datang untuk menggayakan rambut..


OUTDOOR BRIDAL PHOTOSHOOT FOR BFF - MISI CUNA COMEL

servis yang menggunakan chemical tak yah katalah... ade je ideanya... kos perawatan, kos mencuci membilas dan mengeringkan & menggayakan semua nya boleh tahan kosnya tu... tapi yer lah, wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan... hehehe 

ZAMAN MUDA MUDI KAKAK ...RAMBUT MACAM JAGUNG KATANYA

NI PUN SAMA TAK NAK KALAH LA BAB RAMBUT TU....

Dari rambut panjang mengurai, lurus, bergulung-gulung beralun, kakak cantas tegar dengan hati yang penuh kering kontang ajer... tak pernah buat style rambut seluk-seluk sampai nampak kulit kepala... yea !!! kakak buat dengan kering hati ajer, memang dari dulu lagi nak buat ape pun kakak buat aje... kisah aper... hari-hari cuci rambut pakai tonic, cepat lah rambut tu panjang semula.. tapi pajang sikit kakak cantas lagi... panjang sikit lagi, kakak cantas lagi... settled !!! jadi seronok pulak tadah kepala... urghhh ringan terus kepala kakak... kalau hujan jer terus air hujan masuk tembus ke otak kiri dan kanan... tembus derrr... teruk membongak kali ni haaa... he he he ...

ASAL ADA MASA TERLUANG RAMBUTLAH YANG AKAN JADI MANGSA



APA YANG MEMBUATKAN KAKAK TEGAR DAN KERING HATI AJE MELAKUKAN SEMUA ITU....???

Sebab aper... ??? sebab kak yakin dengan produk penjagaan dan perawatan rambut yang kakak gunakan sehingga kini. Tak risau pun kalau rambut rosak akibat chemical servis... bukan tak pernah rosak... pernah !! mau tidaknya semalam bleaching, hari ni kakak dah apply warna.. risau aper??? treatment la terus kan...??? aper lagi... baik dari segi penggayaan rambut mahupun produk perawatan rambut dan kulit kepala, memang hari-hari lah kakak buat... nak maintain bukan senang.. semua guna duit dan masa... nak cantik nak nampak elok punya pasal... kakak buat..




OK SEKARANG, JOM KAKAK SHARE SIKIT PRODUK APE KAKAK GUNAKAN UNTUK MERAWAT & MELINDUNGI RAMBUT KAKAK...

HAIR LUSTER SERUM - MEMANG MEMANJANG ADA JE DALAM BEG BAWA KE MANA-MANA SEBAB DIA KECIK COMEL, TIDAK BERMINYAK DAN SANGAT WANGI UNTUK MERAWAT DAN MELINDUNGI RAMBUT
HAIR & SCALP TONIC - YANG NI UNTUK MERAWAT AKAR RAMBUT AGAR LEBIH KUAT DAN TIDAK MUDAH RAPUH, JADI RAMBUT TAK LA MUDAH GUGUR DAN BERTABURAN DI ATAS LANTAI SEWENANG-WENANGNYA.


BIOSERINE ~ LEAVE ON CONDITIONER KHAS UNTUK MERAWAT DAN MELINDUNGI RAMBUT YANG KERING, ROSAK DAN BERWARNA. DI SEMBUR SELEPAS MENCUCI RAMBUT, SEBELUM MENGGUNAKAN ALAT PENGERING RAMBUT
INI PULAK SHAMPOO DAN KRIM RAWATAN RAMBUT YANG KAKAK GUNAKAN. BOTOL BESAR-BESAR KAKAK BELI BORONG SEKALI UNTUK DIGUNAKAN DI DE BALI SPA SALON. SHAMPOO NI SEJUK 

********************************


Jadi.. inilah antara produk khas yang kakak gunakan untuk merawat dan melindungi rambut kakak dari rosak akibat chemical servis. Jangan tak tahu yea, penggunaan Tonic yang konsisten, membantu pertumbuhan rambut dengan cepat.

Selain tu, ni kakak kongsikan sikit port terbaik untuk akak setting rambut... yang best nya salun ni khas untuk wanita sahaja, lelaki tidak dibenarkan masuk sama sekali... 



BASIN CUCIAN RAMBUT YANG SELESA... KADANG KAKAK TERTIDUR KAT SINI...

KERUSI TEMPAT KAKAK SELALU MEMAKUKAN PUNGGUNG, HAIR STYLER SEDAP MEMBEGER-BEGERKAN RAMBUT KAKAK... SEDAP WOOOOOO 

TOWEL YANG DIGUNAKAN SANGATLAH LADIES WARNANYA... TOWEL TAK CAMPUR-CAMPUR GUNA DENGAN PELANGGAN LAIN OK... KAKAK PENAH TERKENE DENGAN SATU SALUN NI.. BOLEH DIA CAMPUR-CAMPUR GUNA TOWEL DENGAN PELANGGAN LAIN... NAUZUBILLAH...


*************************************

Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kakak sendiri dan yang baik itu dari Allah Swt ...

Yang baik jadikan pelajaran yang buruk itu jadikan sempadan ...


www.debalispa.com







SIMILAR POSTS

URUTAN TAPAK KAKI (REFLEXOLOGY) UNTUK DAPATKAN SEJUTA MANFAAT KEPADA TUBUH BADAN DI DE BALI SPA SUNGAI BULOH

RAWAT PUNCA SAKIT BERMULA DARI TAPAK KAKI

RASA sakit dan sengal  pada sendi kaki merupakan signal  awal masalah saraf  yang dihidapi individu.  Masalah tersebut mungkin berpunca daripada tekanan kerja yang terlalu banyak, berjalan ataupun pernah terbabit dalam insiden kemalangan.

Kesakitan itu pastinya memberikan rasa tidak selesa sehingga boleh menganggu keceriaan. Masalah tersebut boleh  diatasi melalui urutan refleksologi yang bermaksud terapi urutan di bahagian tapak kaki, untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf.



Ia bukan sahaja dapat membantu  penyembuhan malah turut melancarkan peredaran darah, menghilangkan lenguh atau bengkak serta melegakan tekanan.

Bagi mereka yang benar-benar menghargai kesihatan pastinya akan memilih kaedah rawatan ini kerana keberkesanan urutan ini dapat meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran darah yang sebelum ini tidak berjalan dengan lancar.

Refleksologi membabitkan urutan pada tapak kaki seseorang yang boleh menghubungkan organ utama pada tubuh, antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Urutan di tapak kaki dengan teknik dan tekanan yang betul mampu membawa kesegaran pada kaki dan tubuh. Refleksologi juga mampu mengatasi masalah tidur kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat dan bertenaga.

Keadah rawatan yang kurang daripada satu jam itu  sesuai kepada semua peringkat umur, selain memberi kesegaran berpanjangan.  Ia juga mampu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.

Kebiasaannya, selepas rawatan refleksologi, pesakit disarankan supaya minum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin terkumpul keluar melalui peluh dan juga air kencing.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEDIKIT MENGENAI REFLEKSOLOGI

Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu. Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

KEBAIKAN REFLEXOLOGY

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelakkan risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Rawatan Refleksologi ini boleh dilakukan di De Bali Spa Sungai Buloh.

Untuk tempahan awal atau sebarang pertanyaan lain berkaintan perkhidmatan dan produk De Bali Spa boleh hubungi mana-mana dari Team kami

www.debalispa.com

SIMILAR POSTS

SUSAH2 MENCARI TUKANG URUT IMPORT DARI LUAR NEGARA SEDANGKAN SPA THERAPIST TEMPATAN LEBIH BEST

Rasai sentuhan air tangan dari De Bali Spa Sungai Buloh dalam usaha memberi keasyikan kepada pelanggan dalam urutan aromaterapi yang sgt membahagiakan serta meninggalkan kesan aroma yang menenangkan dan melembabkan kulit badan

Mengapa susah2 mencari tukang urut import dari luar negara sedangkan kualiti dan perkhidmatan spa therapist tempatan dari De Bali Spa Sungai Buloh cukup sedap dan best untuk dirasai...



FRESH COOL AROMATHERAPY BODY MASSAGE
DE BALI SPA SUNGAI BULOH

Krim Urutan dengan sesasi kesegaran Mint yang di gunakan dalam proses urutan badan











SIMILAR POSTS

ILMU TAK PERNAH CUKUP : ONE OF OUR SPA THERAPIST AKAN SAMBUNG BELAJAR...

Bye-Bye & Good Luck Fana Hazli ... kakak dan kami semua di sini doakan kau berjaya dlm apa pun yg kau pelajari lps ni...


Kakak yakin kau mudah hadam dgn ilmu yg dicurahkan seperti mana kau hadam apa pun ilmu yg kami curahkan disini... kau baik... ringan tulang, pasti semua org suka berdamping dgn kau kelak... 

Belajar rajin2 disana nanti yea...
Bila ada masa cuti sem nanti dtg la jenguk kami disini....

We will mizz u dear... u r such a good staff at De Bali Spa Sg.Buloh...

DE BALI SPA SUNGAI BULOH
"Your Private Spa Treatments"


Serve with Love,
Haslina Tan
MD

SIMILAR POSTS

PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI MENENGAH ATAS (PIMA)

PROGRAM BARU YANG DILANCARKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA BEBERAPA PIHAK INDUSTRI (DE BALI SPA SG.BULOH) DAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERKECENDERUNGAN DALAM KEMAHIRAN YANG DIPILIH


Harapan kami, agar pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti program PIMA ini tidak sia-siakan peluang yang diberi... In Sha Allah, Team De Bali Spa Sungai Buloh akan memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang berkaitan sebaiknya kepada pelajar yang berkecenderungan dalam bidang Aesthetic Service ini... 

Terima Kasih kepada pihak Sekolah Bukit Rahman Putra Sungai Buloh kerana memberikan kepercayaan kepada DE BALI SPA SUNGAI BULOH untuk mengasah kemahiran para pelatih yang dipilih.



Peluasan Program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) Kementerian Pendidikan Malaysia bersama-sama Industri Di Sekolah Menengah Harian pada 25/1/2017 di Bilik Mesyuarat Kemboja, Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Putrajaya.

SEKITAR MAJLIS AMAL MAKAN MALAM DAN PELANCARAN PROGRAM

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak industri dan Majlis Pelancaran Rintis Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) bertempat di Dewan Utama Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh















 DE BALI SPA
"YOUR PRIVATE SPA TREATMENTS"


SEK MEN KEB BUKIT RAHMAN PUTRA
"ILMU, AMAL, JAYA"

SIMILAR POSTS