Mengenai De Bali Spa

2:20:00 PM LinTan's Life 0 Comments



De Bali Spa adalah spa WANITA MUSLIMAH pertama di Sungai Buloh, Selangor semenjak 2006. Di tubuhkan khas untuk wanita urban yang suka dan gemar akan sentuhan perawatan spa, menitikberatkan penjagaan aurat, mementingkan penampilan, kebersihan dan kecantikan wajah, badan, rambut dan kaki.

De Bali Spa Sungai Buloh membawakan kemewahan rawatan tradisional Bali secara privasi seperti anda berada di kediaman anda sendiri. Anda boleh berehat dan memulihkan otot letih, membersih dan menyuburkan kulit. Nikmati kesegaran semulajadi, di manjakan dengan penuh kebahagiaan.

Rawatan spa yang di tawarkan meliputi dari hujung rambut hingga hujung kaki termasuk beberapa pakej rawatan spa dengan tawaran harga yang MURAH dan MAMPU MILIK serta layanan dan perkhidmatan yang di berikan bertaraf LIMA BINTANG

De Bali Spa - Cawangan Sungai Buloh (Bukit Rahman Putra)
Putra One Resident - Bersebelahan Petronas Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh

De Bali Spa memulakan operasi di Fasa 3 MK, Bandar Baru Sungai Buloh pada tahun 2006. Berikutan permintaaan yang semakin tinggi, pada tahun 2017, De Bali Spa membuat penambahbaikan dan pembesaran dibahagian operasi, yang mana De Bali Spa telah berpindah ke shoplot yang lebih besar dan selesa di Lot 1-3, Putra One Shoplot di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh Selangor. Selain tempat operasi yang lebih besar dan selesa, De Bali Spa juga telah membuat beberapa penambahbaikan di bahagian Admin, Sumber Manusia, Operasi dan Pemasaran.

Sekali lagi pada Ogos 2018, De Bali Spa mengorak langkah membuka cawangan pertamanya di Mutiara Heights Kajang, Selangor. Dengan pembukaan cawangan di Kajang, besarlah harapan De Bali Spa agar dapat memberi manfaat terbaik kepada seluruh wanita disekitar Kajang yang 
yang suka dan gemar akan sentuhan perawatan spa, menitikberatkan penjagaan aurat, mementingkan penampilan, kebersihan dan kecantikan wajah, badan, rambut dan kaki. Pada 8 Ogos 2018, Cawangan De Bali Spa Kajang mula beroperasi di alamat No 6-1 Mutiara Avenue, Jalan Mutiara 1, Mutiara Heights, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan... Terima Kasih semua, dengan berkat doa dan restu dari setiap yang menyokong De Bali Spa selama ini... Syukur...


De Bali Spa - Cawangan Kajang (Mutiara Heights)
Berdekatan Pasaraya CS, Sebaris TLS Group, Atas 7Eleven

Alhamdulillah... hingga kini, industri perawatan spa khususnya De Bali Spa semakin mendapat tempat dihati para wanita. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak pernah berhenti menyokong industri spa. Terima Kasih...


DE BALI SPA 
'Your Private Spa Treatments'
Just For Ladies.



Serve With Love,
HASLINA TAN
Pengarah Urusan De Bali Spa,
Vocational Training Officer




0 comments: