Rawatan Spa

URUTAN TAPAK KAKI (REFLEXOLOGY) UNTUK DAPATKAN SEJUTA MANFAAT KEPADA TUBUH BADAN DI DE BALI SPA SUNGAI BULOH

10:57:00 PM DeBaliSpa 0 Comments

RAWAT PUNCA SAKIT BERMULA DARI TAPAK KAKI

RASA sakit dan sengal  pada sendi kaki merupakan signal  awal masalah saraf  yang dihidapi individu.  Masalah tersebut mungkin berpunca daripada tekanan kerja yang terlalu banyak, berjalan ataupun pernah terbabit dalam insiden kemalangan.

Kesakitan itu pastinya memberikan rasa tidak selesa sehingga boleh menganggu keceriaan. Masalah tersebut boleh  diatasi melalui urutan refleksologi yang bermaksud terapi urutan di bahagian tapak kaki, untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf.



Ia bukan sahaja dapat membantu  penyembuhan malah turut melancarkan peredaran darah, menghilangkan lenguh atau bengkak serta melegakan tekanan.

Bagi mereka yang benar-benar menghargai kesihatan pastinya akan memilih kaedah rawatan ini kerana keberkesanan urutan ini dapat meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran darah yang sebelum ini tidak berjalan dengan lancar.

Refleksologi membabitkan urutan pada tapak kaki seseorang yang boleh menghubungkan organ utama pada tubuh, antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.

Urutan di tapak kaki dengan teknik dan tekanan yang betul mampu membawa kesegaran pada kaki dan tubuh. Refleksologi juga mampu mengatasi masalah tidur kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat dan bertenaga.

Keadah rawatan yang kurang daripada satu jam itu  sesuai kepada semua peringkat umur, selain memberi kesegaran berpanjangan.  Ia juga mampu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.

Kebiasaannya, selepas rawatan refleksologi, pesakit disarankan supaya minum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin terkumpul keluar melalui peluh dan juga air kencing.

APA YANG ANDA PERLU TAHU SEDIKIT MENGENAI REFLEKSOLOGI

Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu. Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.

Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).

Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.

KEBAIKAN REFLEXOLOGY

Melancarkan pengaliran darah
Meningkatkan daya tahan individu
Mengurangkan risiko tulang reput
Menyeimbangkan kedudukan badan
Melancarkan pergerakan
Menguatkan otot kaki
Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
Menguatkan tulang dan pinggul
Mengurangkan risiko sakit sendi
Mengurangkan rasa letih
Mengelakkan risiko sembelit
Mengurangkan masalah usus
Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan

Rawatan Refleksologi ini boleh dilakukan di De Bali Spa Sungai Buloh.

Untuk tempahan awal atau sebarang pertanyaan lain berkaintan perkhidmatan dan produk De Bali Spa boleh hubungi mana-mana dari Team kami

www.debalispa.com

You Might Also Like

0 comments: